20111225

pakej satu malaysia

selamat berpuasa.
selamat hari raya aidilfitri.
selamat hari raya aidiladha.
selamat maal hijrah.
selamat awal muharram.
selamat hari jadi aku.
selamat hari natal.
selamat tahun baru.



20110716

si hodoh dan si bodoh

muka hodoh tutup jerawat kat hidung. boleh la nak keluar jalan macam ni? :D



muka bajet comel. boleh la.



HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!



akibat hasad dengki bersarang di hati, tak kan aku nak buruk sorang2? atas dorongan dia yang PAKSA aku upload gambar 1st tu, aku upload sekali gambar kau! hahahaha

20110715

kritikan sebalang jantung




ok aku tahu video ni dah lama. lagu pon dah keluar radio banyak kali. tapi tetap aku nak review jugak. aku tak embed official video christina perri sebab nak bagi fair sama sama maddi jane, aku embed yang live. entah ye ke tak? -______-''

ok aku rasa suara maddi jane lagi best daripada penyanyi asal lagu sebalang jantung ini. ok, tamat sudah kritikan aku. see you later! :)

eh, rambut maddi jane tu super nice kan? :D

20110711

hello si gigi besi :)




it should be on 21st may, but i've postponed it till 9th july.

it's blue color. :)
i'm thinking of changing it to pink next month.
teeeheheheehehehe :P

P/S : btw, ignore my deyyyyymmmm messy hair

20110625

NAK SUSU!

walaupun aku belum lagi mencapai tahap keputihan kulit yang di target, aku masih meneruskan rutin minum susu setiap pagi (sarapan) dan malam (sebelum tidur).

tahukah anda bahawa susu baik untuk badan?
mengikut jenis jenis susu tapi masih dalam kategori susu lembu.
aku taknak tulis pasal susu kambing sebab aku tak suka.
pernah juga dulu cuba cuba minum tetapi tekak orang kaya aku ni tak mahu terima seadanya.
mungkin sebab kambing tak mandi, jadi putingnya aku imaginasikan dihinggapi segala macam kuman dan bakteria.

1. susu penuh krim

wanita yang minum susu penuh krim mempunyai peluang yang tinggi untuk hamil. wow! kira kau minum sekarang, malam pertama terus hamil anak kembar. hoho hebat. tak payah dah nak jumpa pakar letak sperma dalam tube. jadi, lelaki semua nak cari bini cari yang kuat minum. minum susu bukan arak ye. NAH BACA NI SIAPA TAK BACA KENA BUASIR!

2. susu rendah lemak

baik. ini bagi gadis gadis diluar sana yang nak diet, tak nak makan itu, ini. anda boleh lah mula minum susu ni. sebab susu rendah lemak boleh membekalkan anda khasiat dan tenaga untuk anda anda bekerja sampai ketiak berlecak di luar sana tanpa pengsan mahupun buat buat pengsan.

3. susu segar

hah! ini feveret saya! sebab susunya mild dan dan dan ok la. tak sepekat susu penuh krim dan tak secair dan setawar susu rendah lemak.

aku hanya minum dengan berahinya susu segar jenama goodday dan dutch lady. susu jenama lain (HL dan sebagainya. aku tak tahu ada susu brand apa lagi kat market tu) aku kurang gemar. mungkin tak suka langsung.

dutch ladayyyyy sedapppp! :D


selalu untuk stok di rumah mmg aku akan beli yang botol besar gedabak tu


susu yang ni memang aku tak minum. sebab aku kurang pasti dengan tahap kebersihannya.


20110620

ayah.

masa kecik kecik dulu, saya memang sangat manja dengan ayah.
sekarang pun sama. cuma sekarang ayah saya dah tak dukung saya macam dulu.
sempena hari bapa, saya nak ingatkan kamu semua tentang ayah kita. fikir lah sekejap. adakah ayah kita tak pernah sayang kita?

  1. siapa yang angkat kita masuk bilik masa tertidur depan tv masa kecik dulu? ayah.
  2. siapa yang pujuk kita masa kena marah dengan mak? ayah.
  3. siapa yang bagi bahu masa kita sedih sebab putus cinta? ayah.
  4. siapa yang bawak kita pergi pasar malam belikan patung masa kita kecik? ayah.
  5. siapa yang belikan kita gula gula masa kita menangis hentak kaki depan market? ayah.
  6. siapa yang dukung kita masa kita letih lepas berlari untuk hari sukan? ayah.
  7. siapa yang call kita tiap tiap malam sebab rindu kita? ayah.
  8. siapa yang provide macbook sebab kita ambil kursus fotografi? ayah.
  9. siapa yang belikan kasut kegemaran limited edition sebab nak kita megah? ayah.
  10. siapa yang sanggup buat lawak bodoh depan orang ramai sebab kita tiba tiba tak ada mood bila terpandang bekas kekasih peluk dengan orang lain? ayah.
  11. siapa yang sanggup reject job dan pass kat kita walaupun kita tak bagi dia satu sen pun? ayah.
  12. siapa yang sanggup tak shopping semata mata nak belikan kita macam macam yang kita impikan? ayah.
ayah saya seorang yang pendiam. tapi bila untuk saya, ayah akan jadi orang yang paling kelakar, orang yang paling banyak cakap, dan orang yang paling romantik. ma, mama bertuah dapat suami sehebat ayah. saya sangat bertuah dapat ayah sehebat ayah.

jadi, kalau ayah kamu marah kamu, jangan lah bengang. dia marah sebab dia sangat sayang kamu. mungkin seorang ayah tak akan kata 'ayah sayang kamu', tetapi percayalah. dia sanggup ketepikan kebahagiaan dia jika itu mampu buat kamu bahagia.

appreciate your father. he don't need a father's day presents. he need your love, children.

selamat hari ayah, ayah :)

i miss you, daddy. really miss you. if only you are by my side, i'll hug you tightly. i'll never let it go.

20110613

didgeridoo 2nd annual gathering II




see? aku tak tahu apa masalah iwan tu lain macam seloknya -.-''


nak jugak rambut cenggini. jimat tak payah shampu, guna air laut je.










baby pun dah mengantuk. say tataaaaa babyyy ;)


more pictures on personal request. internet tersangat lembab nak upload over 150 pieces of photos. :)

padahal banyak gambar aku dengan mia je. kihkihkih

20110612

didgeridoo 2nd annual gathering

it was held at teluk cempedak kuantan on 4th june.
been busy to update the event.


THE CIRCLE


tak tau la kenapa wan (right) excited lain macam -.-''


THE COMPETITION





THE BEACHES AND BANANA BOAT



THE BOAT-MAN


malangnya, i didn't join the night event. there's bbq and fire show. i need to work. deymmmm.
the event was great and i've had an awesome weekend. :)

20110609

mimpi

aku dapat mimpi pelik malam tadi.
mimpi yang bersambung tanpa iklan. berlainan kisah dan pengarah. pelakon pon lain. tapi pelakon utama mesti lah aku kena ada. hahaha

mulanya begini, aku dan ayah aku pergi satu rumah teres satu tingkat yang kosong. kengkonon team the seekers lah. kat halaman belakang rumah tu, ada telur cicak. aku tengok ada sebutir telur tak menetas lagi, aku ambil dan bawa pulang ke rumah.

tiba tiba aku dah ada kat dalam lori yang besar dan setinggi bangunan 20 tingkat. left-hand drive pulak tu. housemate aku ada sebelah. ayah aku hilang entah ke mana. dah la brek tak makan. brek kaki pun macam brek tangan kena tarik kat celah kangkang. ada pulak lori sampah beratur tengah jalan, aku nak cepat pulak masa tu. entah nak ke mana aku tak pasti.

tiba tiba aku berada di dalam satu bilik dengan ayah aku dan kawan aku. aku tak tahu mana housemate aku pergi. servis lori, mungkin. aku dapat rasa telur cicak tu menetas atas kepala aku. kurang ajar betul! telurnya kecil sedikit dari telur burung puyuh, tapi lepas menetas, cicak tu jadi sebesar anak beruang. cuma versi kurus.

ayah aku terus pancung leher cicak yang panjang macam leher angsa tu. tiba tiba cicak itu bertukar menjadi orang, which is sepupu aku. tanpa tangan. pancung leher, tangan yang kudung? aku pun dengan terharu pergi dekat dia, confess yang aku ni tuan dia. boleh dia kena sawan masa tu nak rogol aku. terus kawan aku bunuh dia. padan muka! cicak tak kenang budi!

dalam sekelip mata, aku terbangun dari tidur. housemate aku kejut. patut lah dia tak ada dalam mimpi aku. ingatkan pergi servis lori, dah bangun tidur rupanya. cissss!

20110527

adii peet : return

crawled out from the grave. it's dusty and giving me a scaly skins. omg -.-''
the grave's being nice to me. been busy with college works and freelancing jobs.
thanks to daddy for giving those job to me. i love you muah muah.

now, i'm out to see the mainland again instead of underground.
i love to be onshore. hahhhh to breath easy for awhile :D
now i'm back to my works and in a state of busyness doing project of island in malaysia.
starting from langkawi, here i'm standing. :)

P/S : i think i want to join READER'S DIGEST ASIA teamworks. amiin :)

adiĆ³s y buena suerte
selamat jalan dan semoga berjaya

20110501

kampung aku dah ada highway sakkk

melaka melaka melaka. dah dua tahun lebih tak balik kampung.
jadi, berbekalkan duit yang 'boleh tahan cukup cukup pergi balik dan rokok' aku pakat dengan sepupu sepupu aku nak balik kampung.
hari sabtu pagi dengan tahi mata berlepet kat tubir mata, aku gerak. dan mestilah lepas mandi ala kadar. dua jam lepas tu aku sampai. tapi bukan sampai rumah nenek aku. aku sampai kat bandar melaka.
dah ada highway baru la siaaaaaaa. bangga tu tak la sangat. tapi lebih kepada risau sebab aku dah tak jumpa jalan ke rumah nenek aku dan rasa berdosa tetiba sedar 'nampak sgt aku dah lama tak jenguk nenek'. tskk :'(

nasib agak baik, tetiba nampak jusco. orang kata kat melaka dah ada dua jusco. entah. aku nampak satu je. itu pun pizza hut dah takde. dah diganti dengan kenny rogers roster. dah ada nandos pulak tu. bapak ah -.-''

aku dah janji nak jumpa member makcik aku kat jusco nak ambil kek jeli yang aku tempah kat member dia tu. warna hijau? aku tempah coklat. apakah? =.=

kengkonon sampai rumah nenek nak suprise la kan terjah rumah jerit kuat kuat 'nenekkkkk!' pastu nenek aku menangis terharu terkejut semua. tapi, apsal rumah berkunci siap mangga? dekat sejam tunggu baru nenek aku balik. pergi pejabat pos katanya. sedih pulak aku dengar. patut aku yang bawak, ni jiran yang tolong. nasib baik jiran bertanggungjawab. terharu tskk :'(

ok, bukak kek dekat nenek, nyanyi lagu birthday, nenek muka blurr. apsal tak excited? kek tu sedap kot -.-''

petang tu aku bawak nenek gi bandar alang alang nak amik sepupu aku (anis, aizat, alif) kat bus station yang 'bapak ah jauh, baik kau turun kat pekeliling aje'. ingat nak singgah makan sate, nenek ni boleh pulak lupa nak pakai gigi palsu.

malam tu lepas nenek tidur kitorang lepak kat pangkin luar borak borak hisap rokok. semua pau rokok aizat. tetiba nenek keluar bawak dunhill sekarton lepak sekali. best gila ah! haha

part yang paling tak best, semua kena bahan kaw kaw kam dengan nenek. muka selamber, suara lembut, 'nah rokok, nenek dah siapkan dah lama. ingat kamu orang balik masa sarah kahwin (bulan lepas) tapi dah memang top 5 cucu nenek paling liat nak balik kan, rokok pun dah masuk angin. kat stor tu ada lagi 3 karton, nanti bawak balik.'

see? -.-''
memang makan dalam siaaaaaaaa


kek pandan jeli. just the way my late grandfather loved. :')

20110425

dulu kaya sekarang miskin

tiba tiba rindu kat bapa. bapak ah ayat. -.-''

masa aku sekolah dulu macam jakun gila tengok kengkawan gayut kat public phone call boyfriend. masa tu jeles jangan cakap lah kan. memang tiba tiba rasa 'ouch, tak laku nya aku. and it hurts.' tak lah sampai macam ni tapi kira dengki gak ah. orang ada italk, aku pun beli italk. konon nak tunjuk la aku ada boyfriend jugak. kononnya lah. padahal rm10 italk tu bertahan setahun. orang lain rm10 tu tak sampai seminggu pun. duduk asrama kan biasalah. kalau tak, handphone je la. haha

1st number dulu aku pakai timecel (017). masa tu pakai line. pastu abang abang aku yang hentam, sebulan bil sampai 2,3 ratus. pastu aku yang kena marah, tskk :'(
lepas tu pakai digi. baki kredit tak pernah kurang rm100 sebab parents aku tak tau ada topup rm10. so tetiap bulan topup rm50. masa tu takde sape aku nak contact. pakwe pun takde. heaven betul. sama jugak la abang aku yang hentam. dia kata kalau kredit expired, nanti hilang. so masa tu ada seratus lebih baki, diorang habiskan. aku pun percaya je. bangang sungguh rasa.

sekarang aku pakai digi, maxis dan celcom. tapi semua takde kredit. tskkkkkk :'((
dah tak heaven dah. tu je aku nak cerita. takde apa pun. -.-''

P/S : dulu boleh travel pergi tioman, perhentian. sekarang nak pergi melaka pun tak lepas.

20110417

another food writing :)



a delicious homemade lasagnia baked by my brother. :)
thin layer of cheese. just the way i like it.

20110416

jadi bujang pun orait jugak

masa tak ber balak dulu, mula dengki tengok member member semua berkepak jalan dengan pakwe. sekarang, bila dah berbalak, mula la rasa bosan. rindu masa bujang. manusia, memang tak pernah puas dengan apa yang dia ada. bukan dia. aku pun sama -.-''

memang rasa 'wow, sweet nya bf i bawak i candle light dinner'. ok WTF
bila fikir fikir balik, selalu jumpa pakwe pun bosan jugak. tapi hari hari mengadap mak apak abang jiran kucing aku, rasa bahagia hari hari. macam sebenarnya aku tak perlukan seorang lelaki 'unsur luar' pun buat masa sekarang. tengok. dah macam, lepas tu sebenarnya lagi.
apa punya bahasa.

gaduh tetiap hari la boleh kata. sikit sikit nak angin, sikit sikit nak emosional. apa dapat marah marah entah? bagi aku, bukan senang nak control marah. kalau bagi kau orang senang, tahniah lah.

aku dah penat tunggu dia. senang kata aku dah fed-up sebenarnya. tapi aku tak tau nak bagitahu dia macam mana. takut dia sentap dengan aku pulak. hati orang kita tak boleh buat main. macam macam hal sekarang ni dengan kes santau la, bomoh la, minyak dagu, minyak siku, lutut semua ada.

ni bukan luahan hati aku, ni kawan aku la tepon tadi dok bengang bengang dengan pakwe dia. pasal apa aku tak berapa nak tau la. tapi ni yang dia dok cakap tak berhenti dari tadi. aku tak faham sepatah haram pun sebenarnya. dengar je lah. aku bukan ada kerja lain nak buat.

p/s : agak agak kalau aku jadi pengulas sukan orait tak? bukan apa, kat tv1 tu, dia ulas apa mengarut banyak. pasal hujan, jalan jam, apa semua nak cakap. pelik -.-''


peduli apa aku. ye dok?

20110410

Just Go With It


this is a must watch movie.
aku tak boleh stop bergegar. i mean giggling. terkekeh kekeh.
but aku masuk lewat sikit dan aku rasa rugi.
ni semua salah kau. nak singgah itu la ini la.
aku bagi bintang dilangit untuk filem ni. semua bintang. haha

20110331

berangan tak salah kan? :)

i've found a page in facebook. 'a dress makes no sense unless it inspires men to take it off of you'. ok memang melampau panjang kan nama page. but i can't take my eyes off of the dresses. mostly it come from zera wang, little black dress, and elie saab. there's plenty from other designers. and so so so, this is my dream wedding gown. let's take a look. or maybe a glance. :)





this is love!

i am so in love with the luxury creamy dress and i will absolutely point it as my wedding gown! for the time being until i change my mind. :P

20110327

Rango and a family date | twenty-sixth march


hari sabtu baru baru ni, aku ngan parents aku pergi tengok movie ni.
semata mata sebab rango guna suara johnny depp. yes, satu family suka johnny depp. kalau dapat 'grab' jadi bakal menantu maka ayah aku, lagi mereka suka. (aku anak perempuan tunggal. ehem ehem!)

cerita ni ber'kisar' (blended) pasal seekor cicak. cicak ni boleh tukar tukar warna. jenis cicak tokek kot.
asalnya dia ni peliharaan satu keluarga ni. tapi sebab ada accident ; tenggiling melintas jalan, so akuarium dia terjatuh kat jalan and pecah.
this is where it's started. dia tak tahu pun dia ni siapa. bila ada yang bertanya siapa nama dia, kebetulan dia minum jus kaktus brand purango. so dia cakap nama dia rango.
the rest of it, u have to watch it. kalau aku cerita lebih, korang kena bayar aku harga tiket la sorang. HAHA

ni lah cicak tokek. ;)

and lepas tu kami anak beranak pinak having subway (macam biasa) and tutti frutti. a cup for three. :D

this!

20110326

where i met rudy, an idiot guy.

aku baru pulang dengan bapaku. bapaku belikan kereta.
shit. aku baru balik from an evening party with my dad.
jangan nak evening sangat. night party? lain macam je -.-''

so, macam biasa lah dinner orang orang dewasa. boring yang amat amat amat.
semua orang tua. mostly.
tetibe mata aku spotted one table yang ada orang muda.
ok cool, ada gang! :D

it's started here.

aku kat sebelah ayah aku masa dia tengah borak dengan member member dia. of course la. i am his company. macam angkut bini lah. tapi mak aku tak nak ikut. macam biasa. masa tengah ayah aku borak tu, and aku TERPAKSA buat muka excited and 24 hours senyum (lenguh. seriously.) suddenly he came and approached me from my back. tak beradap sungguh. i mean, he touched my waist. dia boleh cuit pinggang aku and say 'hye'? aku rasa lagi bagus and sopan kalau dia datang tepi aku and say hye and hulur tangan nak bersalam. why not? plus kau boleh buat macam tu depan apak aku. show me some respects.

ok enough approaching part.

lepas tu dia tegur. first ayat dia 'hye, sorry if i made u shot. my name was rudy.'
aku tak faham apa dia cakap. then i say 'sorry?' dengan muka blur. this is what he meant. 'hye sorry buat u terkejut. nama i rudy' oh, he has a thick-tongue of sabahan dialect. patutlah. -.-'' and the funniest part is nama dia khairan. mana datang rudy tu? 'boleh tak i nak mintak number talipon kamu?' dia dah mintak dah pun so aku nak jawab apa pun tak tau.

so kesimpulannya, dinner tu boring and and and sucks. the food, the organizer, everything.

20110323

aku jadi cover harian metro! :D


sempena sambutan ulang tahun metro yang ke-20, metro ada buat kempen BIAR BETUL yang menempatkan 2 'orang' pontianak dan 2 'orang' pocong kat depan sogo.
hahaha ayat nak buku teks.

harian metro bagi kita kita kita semua yang tak berapa popular ni peluang untuk popularkan promote diri sendiri.
"hai, saya artis. yang berlakon drama melayu 'aku jatuh lubang'. awak kenal saya tak? awak tak nak otogeraf saya ke?"
ok memang kurang malu kan. haha
so, untuk jadi cover harian metro, boleh klik dekat sini and start upload gambar and pilih tajuk.


yang ini saya punya. kihkihkih

gambar boleh diupload sendiri dari komputer korang, atau dekat mana mana album dalam facebook korang je. mudah. :)

20110321

fudge brownies

hari ini hari yang ceria!
bukan iklan ribena. this is my show. cooking show. alah kira macam rachel rays and martha stewart.
yes, i do watch their show. hello, bukan makcik makcik surirumah jaga anak orang aje yang boleh tengok rancangan diorang. aku pun ada tv kat dapur. haha :D

so so so hari ni aku bakar (baked) brownies.
i am using this!

main tipu.

aku tau la nak buat brownies. tak payah instant pack ni. nak try aje. bukan nya apa kan? padahal. haha. okay, belum pernah cuba buat hand-made brownies lagi. nanti nak buat sendiri. lagipun, yang instant ni too sweet lah. not really suits our taste. it's just nice. kira kalau aku buat resultnya tentulah awesome kan :D

amacam? ;)

so esok aku nak pergi puncak perdana delivery brownies sebab aku dah cakap orang dah teringin. ustazah kata kalau kita masak bau sedap jiran teringin nak rasa tapi kita tak bagi, berdosa. lagipun, takat brownies, apa lah salah kita share sama sama. lain lah kalau laki aku pun kau nak mintak share, bau laki aku buat kau tetiba teringin, memang kena lah. kena sepak. hahahaha

"ich danke Ihnen kommen wieder"
terima kasih datang lagi

kommen wieder. bukan kamen raider.