20091009

alien gemok



time boring dlam klas.oh dlu la skang aku mane ade klas!
hahaha

20091005

30 sebab kenapa anda layak menjadi balak saya

1. Anda ialah seorang lelaki tulen. Jika bukan, sila abaikan entri ini.

2. Anda pengikut setia adiilulla.blogspot.com/nakkenatampar@myspace.com

3. Anda mempunyai sepasang mata yang tajam serta senyuman yang manis. ini seksi bagi saya

4. Anda tidak mengalami tekanan mental akibat pernah dikecewakan oleh bekas teman wanita atau masalah cinta yang tidak berbalas. Ini bagi mengelakkan balas dendam serta jangkitan psycho terhadap orang lain.

5. Anda pandai menghormati orang tua dan tidak sesekali berasa angkuh terhadap anak jiran sebelah rumah jika beliau kurang kacak daripada anda.

6. Anda keluar rumah dengan gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka. Terpulang jika anda berambut panjang, pendek atau curly. Tapi keutamaan diberikan kepada jejaka yang berani dengan imej cornrows. Dreadlocks turut diberi perhatian.bentuk cendawan juga diterima sekiranya anda cute.

7. Anda bijak menggunakan kelebihan dada bidang di bawah kategori sasa-sedap-pelok sebagai senjata untuk menarik minat mata-mata yang memerhati di pusat membeli-belah.badan ketol2 tidak diterima

8. Anda bukan seorang fashion victim. Anda boleh cuba apa sahaja untuk penampilan anda. Anda juga dibenarkan untuk kelihatan gay. Tapi sila peka pada persekitaran anda. Jika anda hadir dengan mini beach-short di majlis kenduri kahwin sepupu anda, sorry itu satu kesilapan yang tak boleh dimaafkan.

9. Anda selesa dengan kerja-kerja dapur dan pandai memasak sekurang-kurangnya masak air, maggi kari, nasi dan tau cara-cara mengoreng telur dan ayam tanpa menggunakan minyak yang berlebihan. Elakkan kolestrol dalam pemakanan.kerana saya tidak pandai masak.jujur.

10. anda meminati hasil kerja saya sebagai seorang jurugambar dan tidak tertarik dan meminta saya memperkenalkan anda kepada salah sorang model.

11. Anda mempunyai sedikit ilmu tentang muzik. Lebih afdal jika anda merupakan pendengar genre rap atau sekurang-kurangnya meminati lagu-lagu R&B nyanyian Alicia Keys, Beyonce dan ciara. phyne ballez tidak diterima sama sekali.

12. Anda seorang pengguna Maxis/Celcom.

13. Anda berkemahiran untuk membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan pantas. Message juga hendaklah tidak diwajab sepatah-sepatah. Penggunaan ayat dengan huruf besar kecil adalah dilarang sama sekali.

14. Anda tidak bodoh sombong dan tidak malu untuk bertanya sekiranya sesat atau tidak memahami tentang sesuatu perkara. Jangan berlagak. Google Map bila sesat atau meminta pendapat orang lain adalah jalan yang terbaik.

15. Anda mempunyai sekurang-kurangnya sepasang sneakers rare yang boleh digayakan bersama di majlis-majlis rumah terbuka. jangan lupa pakai stoking.

16. Anda merupakan seorang photogenic, iaitu istilah untuk mereka yang kelihatan cantik dalam gambar walaupun sebenarnya taklah berapa cantik sangat di luar seperti kebanyakan mereka yang berada di dalam Myspace. Jangan salah sangka, photogenic tu bukan satu kesalahan. Anda tetap kelihatan kacak.mungkin boleh dijadikan model percuma saya.

17. Anda merupakan anak orang kaya yang mempunyai banyak harta peninggalan yang takkan habis untuk tujuh keturunan walaupun digunakan secara boros. Atau sekurang-kurangnya merupakan salah seorang daripada ahli keluarga mana-mana jutawan segera yang telah berjaya melalui MLM.

18. Anda gemar menghabiskan masa di pantai dengan melakukan aktiviti-aktiviti air, pandai berenang katak tanpa memerlukan bantuan goggles dan kaki itik serta mahir membuat istana pasir.

19. Anda mempunyai tulisan yang kemas dan tersusun. Macam Arial pun dah cukup. Senang ada balak macam ni. Next assignment boleh minta tolong dia. Tak payah pakai Microsoft Word dah.

20. Anda tidak buta IT. Sekurang-kurangnya mempunyai salah satu daripada account Facebook atau Myspace. Anda ditolak bulat-bulat sekiranya telah mencapai level 103 dalam Mafia Wars kerana saya merupakan seorang yang bencikan keganasan.

21. Anda tidak terlibat dalam mana-mana kegiatan kongsi gelap, pihak pengganas serta bukan daripada golongan yang taksub terhadap ajaran Ayah Pin atau Rasul Palsu.

22. Anda tidak berkasar terhadap binatang dan pernah membela kucing-kucing baka Parsi yang diberi nama Blackie dan Brownie.

23. Anda tidak pernah terlintas untuk menggunakan lagu terkini Adam AF atau Izwan Pilus sebagai caller ringtone atau nada dering telefon bimbit.

24. Anda tidak menghabiskan masa di tempat-tempat yang tidak berfaedah seperti premis-premis perjudian serta kawasan-kawasan khurafat seperti makam lama untuk menurun nombor ekor.

25. Anda tidak pernah melanggan majalah Mangga. Anda dimaafkan sekiranya hanya membaca majalah tersebut di rumah orang lain. Membaca amalan mulia.

26. Anda telah lulus ujian memandu JPJ, berani potong double line dan sentiasa bersedia untuk membawa saya keluar pada hujung minggu. Untuk kelihatan lebih berketrampilan, sila gunakan Mini Cooper berwarna caramel.

27. Anda tidak bersorak untuk Liverpool atau Manchester United sewaktu menonton bola di kedai mamak berdekatan. kerana saya peminat Chelsea.

28. Anda telah khatam bermain Solitaire dan memegang rekod tertinggi untuk permainan Pinball. Anda juga mesti arif tentang strategi yang berkesan untuk mengepung bom-bom dalam permainan Minesweeper.

29. mempunyai lesung pipit adalah satu bonus.

30. Anda ialah wenworth miller, matt dallas ataupun chad michael murray. Lupakan 29 sebab di atas. dengan kesempurnaan wajah dan figura anda, maka tahniah. anda layak secara automatik.

Kalau anda mempunyai lebih daripada 20 sebab di atas, sila hantarkan maklumat peribadi serta gambar dengan pose menarik dan besar ke adii.lulla@gmail.com. penggunaan kamera vga tidak dibenarkan.