20120102

dear 2011, so long, sucker.

sepanjang 2011 macam-macam perkara yang jadi.
si ain bergaduh hampir setiap minggu dengan pakwe dia, si siti ditiduri pakwe dia juga hampir setiap minggu, 3 kali bilik kecil kat rumah sewa aku ni bertukar tuan.

tapi ini cerita tentang aku. awal tahun aku putus dengan si firdaus. tengah tahun aku scandal dengan si zaki yang dah selamat bernikah dengan bini dia 2,3 bulan lepas. bulan puasa aku couple dengan si rasul. tapi dah putus dah. aku bergaduh pula dengan si brian 2 hari lepas.

baru2 ni aku dapat handphone baru abang aku bagi masa hari jadi aku. jatuh dalam lubang jamban pulak. nasib baik ada warranty. tapi nasib tak baik warranty tak cover pulak water damages. damnit!

malam tahun baru pula aku kerja macam nak mati lagaknya. dapat jugak lah tengok bunga api kat klcc. dapat jugak la menebeng depan stage. dah tentu2 aku shoot, tak kan nak duduk dalam klcc? cumanya aku risau. risau dengan keadaan sekeliling. risau lagi 10 bulan ramai bayi luar nikah yang akan lahir dan dibuang.

nasib baik aku single. jadi kerisauan itu aku tak akan bawa sehingga 9 bulan 10 hari. biar lah anak sulung aku lahir dalam keadaan sihat dan halal di hospital. bukan di dalam tandas yang mungkin akan jatuh seperti handphone aku juga.

2012 ni azam aku tak banyak. satu je. semoga aku dapat dean list lagi. pakej la. dapat dean list, dapat bagi mama ayah aku happy, dapat la abang2 aku belanja makan sebab result gempak. sekali gus jugak la aku happy sebab perut kenyang. amacam?

No comments: