20110609

mimpi

aku dapat mimpi pelik malam tadi.
mimpi yang bersambung tanpa iklan. berlainan kisah dan pengarah. pelakon pon lain. tapi pelakon utama mesti lah aku kena ada. hahaha

mulanya begini, aku dan ayah aku pergi satu rumah teres satu tingkat yang kosong. kengkonon team the seekers lah. kat halaman belakang rumah tu, ada telur cicak. aku tengok ada sebutir telur tak menetas lagi, aku ambil dan bawa pulang ke rumah.

tiba tiba aku dah ada kat dalam lori yang besar dan setinggi bangunan 20 tingkat. left-hand drive pulak tu. housemate aku ada sebelah. ayah aku hilang entah ke mana. dah la brek tak makan. brek kaki pun macam brek tangan kena tarik kat celah kangkang. ada pulak lori sampah beratur tengah jalan, aku nak cepat pulak masa tu. entah nak ke mana aku tak pasti.

tiba tiba aku berada di dalam satu bilik dengan ayah aku dan kawan aku. aku tak tahu mana housemate aku pergi. servis lori, mungkin. aku dapat rasa telur cicak tu menetas atas kepala aku. kurang ajar betul! telurnya kecil sedikit dari telur burung puyuh, tapi lepas menetas, cicak tu jadi sebesar anak beruang. cuma versi kurus.

ayah aku terus pancung leher cicak yang panjang macam leher angsa tu. tiba tiba cicak itu bertukar menjadi orang, which is sepupu aku. tanpa tangan. pancung leher, tangan yang kudung? aku pun dengan terharu pergi dekat dia, confess yang aku ni tuan dia. boleh dia kena sawan masa tu nak rogol aku. terus kawan aku bunuh dia. padan muka! cicak tak kenang budi!

dalam sekelip mata, aku terbangun dari tidur. housemate aku kejut. patut lah dia tak ada dalam mimpi aku. ingatkan pergi servis lori, dah bangun tidur rupanya. cissss!

No comments: