20110625

NAK SUSU!

walaupun aku belum lagi mencapai tahap keputihan kulit yang di target, aku masih meneruskan rutin minum susu setiap pagi (sarapan) dan malam (sebelum tidur).

tahukah anda bahawa susu baik untuk badan?
mengikut jenis jenis susu tapi masih dalam kategori susu lembu.
aku taknak tulis pasal susu kambing sebab aku tak suka.
pernah juga dulu cuba cuba minum tetapi tekak orang kaya aku ni tak mahu terima seadanya.
mungkin sebab kambing tak mandi, jadi putingnya aku imaginasikan dihinggapi segala macam kuman dan bakteria.

1. susu penuh krim

wanita yang minum susu penuh krim mempunyai peluang yang tinggi untuk hamil. wow! kira kau minum sekarang, malam pertama terus hamil anak kembar. hoho hebat. tak payah dah nak jumpa pakar letak sperma dalam tube. jadi, lelaki semua nak cari bini cari yang kuat minum. minum susu bukan arak ye. NAH BACA NI SIAPA TAK BACA KENA BUASIR!

2. susu rendah lemak

baik. ini bagi gadis gadis diluar sana yang nak diet, tak nak makan itu, ini. anda boleh lah mula minum susu ni. sebab susu rendah lemak boleh membekalkan anda khasiat dan tenaga untuk anda anda bekerja sampai ketiak berlecak di luar sana tanpa pengsan mahupun buat buat pengsan.

3. susu segar

hah! ini feveret saya! sebab susunya mild dan dan dan ok la. tak sepekat susu penuh krim dan tak secair dan setawar susu rendah lemak.

aku hanya minum dengan berahinya susu segar jenama goodday dan dutch lady. susu jenama lain (HL dan sebagainya. aku tak tahu ada susu brand apa lagi kat market tu) aku kurang gemar. mungkin tak suka langsung.

dutch ladayyyyy sedapppp! :D


selalu untuk stok di rumah mmg aku akan beli yang botol besar gedabak tu


susu yang ni memang aku tak minum. sebab aku kurang pasti dengan tahap kebersihannya.


20110620

ayah.

masa kecik kecik dulu, saya memang sangat manja dengan ayah.
sekarang pun sama. cuma sekarang ayah saya dah tak dukung saya macam dulu.
sempena hari bapa, saya nak ingatkan kamu semua tentang ayah kita. fikir lah sekejap. adakah ayah kita tak pernah sayang kita?

  1. siapa yang angkat kita masuk bilik masa tertidur depan tv masa kecik dulu? ayah.
  2. siapa yang pujuk kita masa kena marah dengan mak? ayah.
  3. siapa yang bagi bahu masa kita sedih sebab putus cinta? ayah.
  4. siapa yang bawak kita pergi pasar malam belikan patung masa kita kecik? ayah.
  5. siapa yang belikan kita gula gula masa kita menangis hentak kaki depan market? ayah.
  6. siapa yang dukung kita masa kita letih lepas berlari untuk hari sukan? ayah.
  7. siapa yang call kita tiap tiap malam sebab rindu kita? ayah.
  8. siapa yang provide macbook sebab kita ambil kursus fotografi? ayah.
  9. siapa yang belikan kasut kegemaran limited edition sebab nak kita megah? ayah.
  10. siapa yang sanggup buat lawak bodoh depan orang ramai sebab kita tiba tiba tak ada mood bila terpandang bekas kekasih peluk dengan orang lain? ayah.
  11. siapa yang sanggup reject job dan pass kat kita walaupun kita tak bagi dia satu sen pun? ayah.
  12. siapa yang sanggup tak shopping semata mata nak belikan kita macam macam yang kita impikan? ayah.
ayah saya seorang yang pendiam. tapi bila untuk saya, ayah akan jadi orang yang paling kelakar, orang yang paling banyak cakap, dan orang yang paling romantik. ma, mama bertuah dapat suami sehebat ayah. saya sangat bertuah dapat ayah sehebat ayah.

jadi, kalau ayah kamu marah kamu, jangan lah bengang. dia marah sebab dia sangat sayang kamu. mungkin seorang ayah tak akan kata 'ayah sayang kamu', tetapi percayalah. dia sanggup ketepikan kebahagiaan dia jika itu mampu buat kamu bahagia.

appreciate your father. he don't need a father's day presents. he need your love, children.

selamat hari ayah, ayah :)

i miss you, daddy. really miss you. if only you are by my side, i'll hug you tightly. i'll never let it go.

20110613

didgeridoo 2nd annual gathering II




see? aku tak tahu apa masalah iwan tu lain macam seloknya -.-''


nak jugak rambut cenggini. jimat tak payah shampu, guna air laut je.










baby pun dah mengantuk. say tataaaaa babyyy ;)


more pictures on personal request. internet tersangat lembab nak upload over 150 pieces of photos. :)

padahal banyak gambar aku dengan mia je. kihkihkih

20110612

didgeridoo 2nd annual gathering

it was held at teluk cempedak kuantan on 4th june.
been busy to update the event.


THE CIRCLE


tak tau la kenapa wan (right) excited lain macam -.-''


THE COMPETITION





THE BEACHES AND BANANA BOAT



THE BOAT-MAN


malangnya, i didn't join the night event. there's bbq and fire show. i need to work. deymmmm.
the event was great and i've had an awesome weekend. :)

20110609

mimpi

aku dapat mimpi pelik malam tadi.
mimpi yang bersambung tanpa iklan. berlainan kisah dan pengarah. pelakon pon lain. tapi pelakon utama mesti lah aku kena ada. hahaha

mulanya begini, aku dan ayah aku pergi satu rumah teres satu tingkat yang kosong. kengkonon team the seekers lah. kat halaman belakang rumah tu, ada telur cicak. aku tengok ada sebutir telur tak menetas lagi, aku ambil dan bawa pulang ke rumah.

tiba tiba aku dah ada kat dalam lori yang besar dan setinggi bangunan 20 tingkat. left-hand drive pulak tu. housemate aku ada sebelah. ayah aku hilang entah ke mana. dah la brek tak makan. brek kaki pun macam brek tangan kena tarik kat celah kangkang. ada pulak lori sampah beratur tengah jalan, aku nak cepat pulak masa tu. entah nak ke mana aku tak pasti.

tiba tiba aku berada di dalam satu bilik dengan ayah aku dan kawan aku. aku tak tahu mana housemate aku pergi. servis lori, mungkin. aku dapat rasa telur cicak tu menetas atas kepala aku. kurang ajar betul! telurnya kecil sedikit dari telur burung puyuh, tapi lepas menetas, cicak tu jadi sebesar anak beruang. cuma versi kurus.

ayah aku terus pancung leher cicak yang panjang macam leher angsa tu. tiba tiba cicak itu bertukar menjadi orang, which is sepupu aku. tanpa tangan. pancung leher, tangan yang kudung? aku pun dengan terharu pergi dekat dia, confess yang aku ni tuan dia. boleh dia kena sawan masa tu nak rogol aku. terus kawan aku bunuh dia. padan muka! cicak tak kenang budi!

dalam sekelip mata, aku terbangun dari tidur. housemate aku kejut. patut lah dia tak ada dalam mimpi aku. ingatkan pergi servis lori, dah bangun tidur rupanya. cissss!