20110501

kampung aku dah ada highway sakkk

melaka melaka melaka. dah dua tahun lebih tak balik kampung.
jadi, berbekalkan duit yang 'boleh tahan cukup cukup pergi balik dan rokok' aku pakat dengan sepupu sepupu aku nak balik kampung.
hari sabtu pagi dengan tahi mata berlepet kat tubir mata, aku gerak. dan mestilah lepas mandi ala kadar. dua jam lepas tu aku sampai. tapi bukan sampai rumah nenek aku. aku sampai kat bandar melaka.
dah ada highway baru la siaaaaaaa. bangga tu tak la sangat. tapi lebih kepada risau sebab aku dah tak jumpa jalan ke rumah nenek aku dan rasa berdosa tetiba sedar 'nampak sgt aku dah lama tak jenguk nenek'. tskk :'(

nasib agak baik, tetiba nampak jusco. orang kata kat melaka dah ada dua jusco. entah. aku nampak satu je. itu pun pizza hut dah takde. dah diganti dengan kenny rogers roster. dah ada nandos pulak tu. bapak ah -.-''

aku dah janji nak jumpa member makcik aku kat jusco nak ambil kek jeli yang aku tempah kat member dia tu. warna hijau? aku tempah coklat. apakah? =.=

kengkonon sampai rumah nenek nak suprise la kan terjah rumah jerit kuat kuat 'nenekkkkk!' pastu nenek aku menangis terharu terkejut semua. tapi, apsal rumah berkunci siap mangga? dekat sejam tunggu baru nenek aku balik. pergi pejabat pos katanya. sedih pulak aku dengar. patut aku yang bawak, ni jiran yang tolong. nasib baik jiran bertanggungjawab. terharu tskk :'(

ok, bukak kek dekat nenek, nyanyi lagu birthday, nenek muka blurr. apsal tak excited? kek tu sedap kot -.-''

petang tu aku bawak nenek gi bandar alang alang nak amik sepupu aku (anis, aizat, alif) kat bus station yang 'bapak ah jauh, baik kau turun kat pekeliling aje'. ingat nak singgah makan sate, nenek ni boleh pulak lupa nak pakai gigi palsu.

malam tu lepas nenek tidur kitorang lepak kat pangkin luar borak borak hisap rokok. semua pau rokok aizat. tetiba nenek keluar bawak dunhill sekarton lepak sekali. best gila ah! haha

part yang paling tak best, semua kena bahan kaw kaw kam dengan nenek. muka selamber, suara lembut, 'nah rokok, nenek dah siapkan dah lama. ingat kamu orang balik masa sarah kahwin (bulan lepas) tapi dah memang top 5 cucu nenek paling liat nak balik kan, rokok pun dah masuk angin. kat stor tu ada lagi 3 karton, nanti bawak balik.'

see? -.-''
memang makan dalam siaaaaaaaa


kek pandan jeli. just the way my late grandfather loved. :')

No comments: