20110425

dulu kaya sekarang miskin

tiba tiba rindu kat bapa. bapak ah ayat. -.-''

masa aku sekolah dulu macam jakun gila tengok kengkawan gayut kat public phone call boyfriend. masa tu jeles jangan cakap lah kan. memang tiba tiba rasa 'ouch, tak laku nya aku. and it hurts.' tak lah sampai macam ni tapi kira dengki gak ah. orang ada italk, aku pun beli italk. konon nak tunjuk la aku ada boyfriend jugak. kononnya lah. padahal rm10 italk tu bertahan setahun. orang lain rm10 tu tak sampai seminggu pun. duduk asrama kan biasalah. kalau tak, handphone je la. haha

1st number dulu aku pakai timecel (017). masa tu pakai line. pastu abang abang aku yang hentam, sebulan bil sampai 2,3 ratus. pastu aku yang kena marah, tskk :'(
lepas tu pakai digi. baki kredit tak pernah kurang rm100 sebab parents aku tak tau ada topup rm10. so tetiap bulan topup rm50. masa tu takde sape aku nak contact. pakwe pun takde. heaven betul. sama jugak la abang aku yang hentam. dia kata kalau kredit expired, nanti hilang. so masa tu ada seratus lebih baki, diorang habiskan. aku pun percaya je. bangang sungguh rasa.

sekarang aku pakai digi, maxis dan celcom. tapi semua takde kredit. tskkkkkk :'((
dah tak heaven dah. tu je aku nak cerita. takde apa pun. -.-''

P/S : dulu boleh travel pergi tioman, perhentian. sekarang nak pergi melaka pun tak lepas.

20110417

another food writing :)



a delicious homemade lasagnia baked by my brother. :)
thin layer of cheese. just the way i like it.

20110416

jadi bujang pun orait jugak

masa tak ber balak dulu, mula dengki tengok member member semua berkepak jalan dengan pakwe. sekarang, bila dah berbalak, mula la rasa bosan. rindu masa bujang. manusia, memang tak pernah puas dengan apa yang dia ada. bukan dia. aku pun sama -.-''

memang rasa 'wow, sweet nya bf i bawak i candle light dinner'. ok WTF
bila fikir fikir balik, selalu jumpa pakwe pun bosan jugak. tapi hari hari mengadap mak apak abang jiran kucing aku, rasa bahagia hari hari. macam sebenarnya aku tak perlukan seorang lelaki 'unsur luar' pun buat masa sekarang. tengok. dah macam, lepas tu sebenarnya lagi.
apa punya bahasa.

gaduh tetiap hari la boleh kata. sikit sikit nak angin, sikit sikit nak emosional. apa dapat marah marah entah? bagi aku, bukan senang nak control marah. kalau bagi kau orang senang, tahniah lah.

aku dah penat tunggu dia. senang kata aku dah fed-up sebenarnya. tapi aku tak tau nak bagitahu dia macam mana. takut dia sentap dengan aku pulak. hati orang kita tak boleh buat main. macam macam hal sekarang ni dengan kes santau la, bomoh la, minyak dagu, minyak siku, lutut semua ada.

ni bukan luahan hati aku, ni kawan aku la tepon tadi dok bengang bengang dengan pakwe dia. pasal apa aku tak berapa nak tau la. tapi ni yang dia dok cakap tak berhenti dari tadi. aku tak faham sepatah haram pun sebenarnya. dengar je lah. aku bukan ada kerja lain nak buat.

p/s : agak agak kalau aku jadi pengulas sukan orait tak? bukan apa, kat tv1 tu, dia ulas apa mengarut banyak. pasal hujan, jalan jam, apa semua nak cakap. pelik -.-''


peduli apa aku. ye dok?

20110410

Just Go With It


this is a must watch movie.
aku tak boleh stop bergegar. i mean giggling. terkekeh kekeh.
but aku masuk lewat sikit dan aku rasa rugi.
ni semua salah kau. nak singgah itu la ini la.
aku bagi bintang dilangit untuk filem ni. semua bintang. haha