20110214

dari kekasih kepada kekasih

hai kekasih,

kamu sihat? kenapa sihat? kamu kata "i can't live without u" tapi kenapa kamu masih bernafas?
oh tak apa. umur kamu panjang, mungkin. setelah segala janji palsu yang kamu taburkan, saya harap kamu tenang pabila membaca surat ini. saya bukan nak mintak putus. tak tak. at least bukan sekarang. mungkin akan mintak putus semasa hari jadi kamu atau anniversary kita kelak. sebagai hadiah. kan kamu suka suprises? saya bagi apa yang kamu suka. sebab saya sayang kamu, tahu?

sayang anak, tangan tangan kan. sayang laki tinggal tinggal kan. so sebab sayang la saya ambil keputusan tinggal kan kamu. kalau sementara, sayang sikit je, kalau tinggalkan terus, kan nampak saya sayang kamu gila babei? kamu faham? bagus. tindakan kamu yang tidak membenarkan saya berkawan dengan lelaki langsung sangat saya hargai. tapi tindakan kamu yang bersayang sayang manja kuci kuci goliden dengan ex girlfriend kamu sangat saya meluat, tahu? kerana kamu sangan hipokshit. oh saya tak sanggup tunggu sehingga hari jadi kamu. kita putus sekarang la ok tak? eh eh terlepas pulak. oops sorry.

segala sandiwara kamu sudah saya ketahui dan segala puji pujian untuk kamu sebagai pelakon terbaik sudah saya buktikan dengan mencalonkan nama kamu untuk anugerah bintang popular 2011. nanti saya rasuah semua kenalan saya untuk undi kamu. mungkin saya akan rasuah berita harian supaya mempermudahkan kerja saya. kamu tak perlu bimbang ye, kamu pasti menang.

adakah kamu orang india? sebab saya tak faham cerita kesetiaan, kasih sayang, sehidup semati dan sewaktu dengannya yang kamu gebangkan kepada saya sepanjang kita bersama? dulu saya faham, tapi tidak lagi sekarang. saya mana faham bahasa tamil. oh, benarlah kata orang, kalau sayang, kentut pun wangi. kalau benci kamu baru bukak mulut saya dah bau loji. walau bagaimanapun, saya nak kamu tahu segala langkah yang saya ambil berikutan perasaan kasih sayang dan cinta saya terhadap kamu.

saya tak marah pun kamu tipu saya. saya suka sebab akhirnya saya ada sebab untuk berpisah dengan kamu. sudah lama saya tunggu saat ini tiba. dengan ini, saya tujukan lagu ''pelamin anganku musnah'' nyanyian azie khas buat kamu sempena majlis pernikahan saya hujung minggu ini. sudi kah kamu menjadi pengapit bakal suami saya nanti? jangan risau, saya bayar gaji kamu ikut jam. satu jam rm50 cukup? oh, suami saya kaya. tak pernah pau duit saya nak isi minyak motor macam kamu. sebab dia tak ada motor pun. setakat paling murah tu adalah toyota alphard.

sekian,
bekas kekasih.

2 comments: