20110203

cerita zaman muda

masa muda muda dulu, asal bapak balik kerja je mesti aku lompat kat badan bapak gayut gayut. bapak taknak dukung pun, aku gayut je. pastu bila bapak nak mandi aku taknak lepas sebab bau bapak sedap. perfume bapak sedap. kalau bapak mandi nanti dah tak ada bau perfume. kejadah nak sembur sembur duduk rumah kan? kalau aku sembur sembur nanti mama bising. perabih perfume orang.

sekarang balik rumah bapak pun hujung hujung minggu je. itu pun malam, bapak dah siap mandi nak tidur dah pun. so nak gayut pun tak best. so sekarang bila mama dengan bapak nak tidur, aku pergi sayang sayang apa semua, mesti nak tonyoh tonyoh muka kat perut mama, pipi mama, semua lah. sebab mama pelik sikit. asal nak tidur je, tiba tiba bau mama macam bau bayi. cute sangat.

pernah sekali dok tonyoh tonyoh mama, aku tertidur. hehehehe melintang pulak tu, sebab mama rindu aku sangat sangat, jadi bapak tidur bilik aku lah malam tu. kesian bapak. tapi bapak tak kisah pun sebab bila aku tak balik, bapak memang suka melepak bilik aku sebab bilik aku banyak hiburan. jadi, bapak rasa remaja semula. ihikhikhik.

sekarang aku tak boleh tidur, sebab mama tak suapkan makan malam tadi. so, aku taknak makan, perut nyutnyut bunyi dia. padan muka aku -.-''

No comments: