20110116

loves and affection

saya tiba tiba teringatkan mama dan ayah saya.
terkenang sewaktu saya dekat dengan mereka.

sekolah rendah

aku memang susah bangun pagi. bangun bangun je mama dah siap kan baju sekolah bergosok dengan sarapan kat atas meja. selalunya lepas mandi, aku terus bersiap dan keluar tanpa bersarapan. tapi mama akan bawak sarapan sampai depan pintu dan suapkan aku. tak kira lah roti ataupun nasi goreng. mama akan ikatkan rambut aku. lepas salam peluk cium mama aku terus berlari sebab takut lambat.

sekolah menengah

aku sekolah asrama. tapi aku tak suka. mama dan ayah akan datang setiap minggu kalau aku tak balik rumah, sabtu dan ahad. mama mesti masak sedap sedap, bawak makan sama sama dengan aku sebab aku tak suka makanan kat asrama tu. asrama dengan rumah aku agak jauh la. tapi ayah still datang drive sebab nak jumpa aku, mama penat pun, demam ke, mesti masak banyak banyak. ada sekali aku nak makan western, mama datang lepas habis kerja nak hantar makanan aku tu. tiap tiap kali nak balik asrama, ayah belikan macam macam untuk aku sebab takut anak dia yang sorang ni tak makan.

habis SPM

aku tak duduk rumah, sebab bosan. aku nak kerja. ayah bagi kereta. aku tau masa tu ayah tengan sesak sebab ekonomi teruk. dengan harga petrol naik mencanak. tapi aku nak jugak. mama balik kerja penat penat mesti masak sebab takut aku tak makan. aku balik kerja kadang kadang tak makan. aku tau mama kecik hati, tapi aku hanya fikirkan penat aku je. tak pernah fikir penat mama dengan ayah.

UiTM

aku dapat tawaran UiTM Kuantan. tapi kena stay seminggu dekat jengka untuk orientasi. masa tu aku bawak barang banyak sangat sebab tak tahu pulak seminggu je. mama ambil balik barang aku bawak balik KL. dah seminggu aku stay Jengka, aku kena pergi Kuantan. aku tak nak naik bas UiTM, aku call ayah suruh ambil aku. ayah pun datang dengan mama bawak barang aku, ambil aku kat jengka, bawak pergi Kuantan. aku penat, mama suruh tidur je dalam kereta. aku bangun, still tak sampai kampus aku lagi. rupanya sesat. tapi ayah tak berhenti rehat pun, sebab nak sampai, so aku boleh rehat terus. mama bawak makanan banyak sangat. macam macam mama masak untuk aku. aku dapat elaun, tapi bila minta duit kat ayah, ayah tak pernah kata ''no''. ayah mesti bagi. nak beli handphone pun, ayah bagi duit. aku tak suka balik KL, sebab tak suka naik bas. so, mama dan ayah datang kuantan tiap tiap 2 minggu sekali nak jumpa aku. nak bagi aku makanan yang mama masak. balik kerja hari jumaat, mama dengan ayah terus datang Kuantan, check in hotel dengan aku sekali sampai ahad malam.

Unisel

aku belajar unisel, hampir tiap tiap minggu aku balik, sebab nak basuh baju. mama mesti masak banyak gila. nak balik shah alam balik, banyak barang ayah belikan. aku tak apply PTPTN sebab taknak bayar masa kerja nanti. susah. so yuran ayah bayar. kat IPTS memang yuran agak mahal. bila cuti sem, aku bosan duduk rumah, ayah izinkan aku bercuti kat mana mana aku nak sorang sorang. tapi dalam malaysia je la. sabah sarawak, tak boleh. ayah bagi duit untuk aku. ayah tak bagi naik bas, sebab bahaya. so aku naik kapal terbang. cuti seminggu, aku belajar masak. mama dengan ayah balik kerja, tak penat, terus mandi makan. untuk seminggu aku boleh tengok mama memang sangat sangat sangat bahagia. ayah pon. aku berjuta kali bahagia.

sekarang aku terfikir, batapa susahnya diorang, tak pernah diorang fikir, tak pernah merungut.
hanya kerana sayang. sayang kepada anak.

post ini aku tujukan khas buat mama dan ayah aku.
dan juga ibubapa kat seluruh dunia. :')
i love u untuk diorang aku rasa tak cukup. tak tau nak gambarkan macam mana perasaan sayang kat diorang.
aku bersyukur aku masih ada mama ngan ayah, sepasang kekasih yang hebat.

6 comments:

Anonymous said...

wah..yg ni akak rse mnyentuh prasaan skit ble bce...rse mcm, eh, kamu ke yg tulis ni...hihihi. akak suke ayat yg kte pk penat kte je, xph pk pnt mak bapak kte..gud job! =)

adii peet said...

saya la tulis. tak curik mana mana ni. :)
sebab dah macam2 dapat dari mama and ayah.
tapi saya tak pernah bagi apa apa.
semalam mama and ayah nmpk penat gila hantar saya kat rumah sewa.
tapi still teman saya sampai depan rumah. dah la tingkat atas sekali.
sayang sangat sangat

amy said...

hmm...tu la...wah...ttbe rse sebak..luv my emak n ayah too....huhuhu. teruskn mnulis...akak bce je blog kamu ni kli time tgh x wt ape2.hihi.

adii peet said...

thanks kakak :D
akak bila nak start menulis? hehe

amy said...

hahaha.akak xde jiwe mnulis la...mnt mmbce je...hihi.nnt lah..xsmpi seru lg utk mnulis.hehe

adii peet said...

nanti akak da start menulis, jangan lupa bgtau saya tau :D