20101126

rumah baru

Ahah! Aku dah pindah rumah! :D
Memang bahagia lah.
Kalau tengok perbandingan mesti ada yang cakap aku bodoh.
Dan lebih teruk lagi, mungkin ada yang kata aku bangang.
Okay, ni melampau. -.-''

Lokasi
Rumah lama : Tak sampai 1km dari kolej. Jalan kaki pun tak sampai 5 minit.
Rumah baru : Kena lalu dua traffic light. Nak jalan kaki pergi bus stop pun setengah jam aku rasa.

Kemudahan
Rumah lama : Peti ais, full furnished, TV, DVD player, etc. pendek kata semua lengkap. almari dengan washing machine je tak ada.
Rumah baru : Dapur. Yang lain pandai2 la.

Penghuni
Rumah lama : Tak tetap. Budak-budak pindah sesuka hati. Tapi bilik aku untuk 4 orang. Sewa RM1500 sebulan. Budak rumah bullshit.
Rumah baru : 3 orang. Sorang satu bilik. Sewa RM450 sebulan. Budak rumah baik gila.

Jenis
Rumah lama : Teres 2 tingkat. Ada parking. Tapi dibolot sepenuhnya oleh seorang. Orang lain kalau parking situ boleh runtuh rumah tu gamaknya.
Rumah baru : Flet kos rendah. Tingkat paling atas. Majoriti bangsa India.

Kesimpulan
Rumah lama : Puaka.
Rumah baru : :))

No comments: