20101125

pekak ke hape?

Pukul 5 lebih petang tadi, abang call suruh pergi Kelana Jaya.
Aku pergi la naik ktm.
On the way nak pergi KL Sentral, ada sorg makcik ni cakap kat telefon.
Aku dengar je. Dah la makcik tu cakap kuat.
Agaknya speaker dia rosak kot.

Dia call anak dia la agaknya. Dah dia bahasakan diri dia mama.
Tapi manalah tau dia call laki dia ke?
Biasalah zaman sekarang. Orang-orang dah senja pun ber-'papa mama' jugak kan?
Tapi aku assume dia call anak dia lah.
Aku rasa anak dia taknak ambil dia kat stesen ktm kot.
Ni ha apa yang aku sempat 'tangkap'.

Makcik : Ha?! Taknak ambil mama ke?!

Anak kot : .....

Makcik : Tak apa lah! Mama balik sendiri la naik bas!

Anak kot : ....

Makcik : Kalau tak sempat sangat tak apa lah! Pi la buat kerja tu. Sibuk sangat!

Anak kot : ....

Makcik : Dah lah! Mama balik naik bas je sampai rumah! Hmm! ( Makcik tu mengeluh kuat gila kot. Gila lah )

Kesian makcik tu kan? Ada pulak aku sampai KL Sentral nak tukar naik LRT, boleh sesat dalam KL Sentral carik LRT tak jumpa. HAHA

No comments: