20090621

kapal terbang

mak : bila la dilah(panggilan aku kat rumah) nak bawak ibu pergi jalan2 naik kapal terbang?

aku yang sedang berlunjur sambil menonton drama melayu dan mengunyah kerepek pisang kegemaran buatan mak timah dari manjung tersentak. ni pehal pulak dengan mak aku ni?

aku : laa. macam la ibu x pernah naik kapal terbang?
mak : tu da lama. teringin pulak sekarang ni.
(kata mak aku sambil mengerdip matanya seperti rosyatimah semasa menyanyikan lagu 'malam bulan dipagar bintang-OST pendekar bujang lapok)
aku : oh. ok jap tau!

aku masuk ke bilik dan mengambil sehelai kertas A4 bersama pen. aku tulis nama mak aku(secret and confidential) atas kertas tu. pastu aku lipat jadi kapal terbang.

aku : tadaaaaa! ha, ni kan da naik kapal terbang. hehe
mak : terima kasih.

mak aku teruskan kerjanya melipat kain baju anak beranak tanpa menoleh kat aku lagi.
adakah mak aku betul2 ikhlas cakap terima kasih ataupun dia kecewa dengan reaksi aku yang xmenjanjikan apa2 pada dia?
aku tekad, aku akan bawak jugak mak aku jalan2 naik kapal terbang.
satu hari nanti.
ya, MESTI!

*tajuk drama melayu yang tersebut di atas dirahsiakan atas sebab2 yang x dapat dinyatakan. sekian :)

No comments: